Jenis-jenis Kajian Tindakan dan Contohnya

23 04 2009

Menurut Ferrance (2000), kajian tindakan terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

Kajian tindakan individu

  • Memfokuskan kepada isu-isu dalam kelas.
  • Mencari penyelesaian kepada permasalahan seperti pengurusan bilik darjah, strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, dan pembelajaran pelajar.
  • Contohnya isu pelajar mengantuk dalam kelas sewaktu subjek  Sejarah.
  • Melibatkan pengumpulan data dan pemerhatian terhadap penglibatan pelajar dalam kelas.
  • Guru yang membuat kajian ini tidak akan berkongsi dengan orang lain sehinggalah beliau benar-benar yakin dengan hasil kajian beliau dan memilih untuk persembahkan kepada umum.

Kajian tindakan kolaboratif

  • Melibatkan dua atau lebih guru yang berminat terhadap permasalahan dalam kelas.
  • Melibatkan satu kelas atau banyak kelas yang mempunyai masalah yang sama.
  • Contohnya isu kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar; oleh itu, beberapa guru daripada Panitia Bahasa Inggeris mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan pelajar tersebut.
  • Adakalanya diberi sokongan oleh organisasi luar sekolah seperti pihak PPD.

Kajian tindakan sekolah

  • Memfokuskan kepada isu sekolah (bukan bilik darjah)
  • Contohnya isu kurangnya penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah; oleh itu, pihak sekolah mencari jalan menarik minat ibu bapa supaya terlibat dalam aktiviti di sekolah.
  •  Melibatkan semua warga sekolah terutamanya Kelab Guru dan Kakitangan serta PIBG dalam mencari perancangan tindakan (plan of action)

Kajian tindakan daerah

  • Kajian ini lebih kompleks
  • Memerlukan banyak perbelanjaan dan komitmen daripada ramai guru
  • Isu-isu melibatkan pengurusan organisasi, kajian berasaskan komuniti, kajian berasaskan pencapaian dalam peperiksaan dan juga proses pemilihan keputusan tentang satu masalah yang melibatkan beberapa buah sekolah dalam satu daerah.
  • Contohnya, untuk memantapkan lagi penglibatan pelajar Tingkatan 5 di Daerah Kinta dalam aktiviti kokurikulum sebagai persediaan ke IPT
About these ads

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: