Konsep Kajian Tindakan

21 04 2009

Menurut Jean McNiff dalam nota seminar beliau, kajian tindakan bertujuan untuk:

  1. meningkatkan kemahiran penyelidik tentang sesuatu perkara
  2. membina teori baru dalam proses penambahbaikan
  3. menguji kesahihan bagi memastikan sama ada penambahbaikan telah dilakukan atau tidak

Kajian tindakan merupakan kajian yang dilakukan dari perspektif orang dalam (insider perspective) di mana penyelidik itu sendiri terlibat sebagai bahan kajian dalam kajian yang hendak dilaksanakannya. Ini bermaksud, penyelidik melihat kebolehan dirinya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pelbagai persoalan timbul tentang diri sendiri:

  1. Adakah apa yang saya lakukan ini adalah betul?
  2. Sejauh manakah kefahaman saya tentang sesuatu perkara, supaya saya dapat bertanggungjawab atas tindakan yang saya lakukan?

Dari perspektif pendidikan, lazimnya kajian dibuat lebih menjurus ke arah menambahbaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu perkara.

pdil042029


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: