KESEPADUAN UNSUR JERIS DALAM AKTIVITI BIG II (B)

29 04 2009

1.         Jasmani

           

            Banyak aktiviti dalam BIG ini memerlukan pergerakan yang agak mencabar seperti mendaki dan menuruni bukit yang agak curam, berkayak sampai ke pulau, berenang (snorkeling) sambil melihat ikan-ikan, dan berjalan kaki semasa explorasi. Sebelum memulakan sebarang aktiviti, kami semua ada membuat senaman memanaskan badan (stretching) dan menyejukkan badan (cooling down) selepas membuat aktiviti bagi mengelakkan kecederaan pada otot. Aktiviti-aktiviti seumpama ini mengeluarkan banyak peluh dan seterusnya dapat menyihatkan badan.

 

2.         Emosi

 

            Banyak aktiviti yang dibuat agak meletihkan walaupun aktiviti itu hanyalah Pengurusan Tapak Khemah (Camp Site Management). Keadaan letih selalunya emosi akan terganggu dan menjadi kurang sabar. Saya berasa sangat letih dan agak tertekan kerana fasilitator yang mengiringi kami, memanjat bukit agak laju berbanding dengan kami yang tercungap-cungap kekurangan oksigen. Begitu juga melihat kawan-kawan yang mempunyai kekuatan tangan dan stamina yang tinggi ketika berkayak. Namun begitu, saya berjaya mengawal emosi kami dan melakukan semua aktiviti dengan penuh kesabaran.

 

3.         Rohani

 

            Semua aktiviti memupuk semangat kerjasama dan kekitaan antara satu sama lain. Keletihan saya hilang apabila melihat ikan berenang-renang semasa snorkeling serta keindahan flora dan fauna yang terdapat di Pangkor. Saya berasa kagum dan penuh kesyukuran dan keinsafan melihat alam ciptaan Allah S.W.T. Selain itu, semasa aktiviti Night Camp membuktikan lagi kekuasaan Allah melebihi makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Segala godaan syaitan dan iblis ditepis dengan bacaan ayat Kursi dan pelbagai surah dalam Al-Quran. Aktiviti seumpama ini menguatkan lagi kepercayaan dan keimanan kepada Allah.

 

4.         Intelek

 

            Aktiviti-aktiviti BIG juga mengajar saya berfikiran kritis dan kreatif dalam penyelesaian pelbagai masalah. Untuk membentuk individu yang berfikiran kritis dalam diri saya, saya telah merancang pelbagai strategi bagi melicinkan pengurusan masa dan pengurusan aktiviti sepanjang BIG lalu. Kekreatifan dalam diri saya juga dapat dipertingkatkan terutama semasa LDK dan Night Camp (membuat kraftangan daripada daun).

 

5.         Sosial

 

            Aktiviti-aktiviti BIG ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal, bahkan juga mewujudkan lagi kemesraan antara satu sama lain. Walaupun saya agak rapat dengan ahli-ahli kumpulan yang lain namun pergaulan kami ini masih tidak melanggari batasan agama.

 

 kenangan 5B di pangkor

 

 

 

 

 

 

KESIMPULAN

 

Dengan penuh kesyukuran kepada Allah, tidak terdapat kesilapan dan masalah yang serius. Berkat pertolongan para pensyarah dan rakan-rakan BIG B yang lain membuatkan pengurusan jawatankuasa ini berjalan lancar. Jutaan penghargaan kepada semua atas penganugerahan Peserta Terbaik BIG (perempuan) kepada saya. Sesungguhnya semua ini memberi pengalaman yang amat berharga kepada saya. Segala kesilapan dan masalah yang telah berlaku menjadi pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati kelak.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: