Refleksi dan Pelan Tindakan – BIG B

29 04 2009

REFLEKSI

A. Masalah / Kelemahan

  1. Kecuaian telah saya alami di mana saya telah ketinggalan beberapa barangan yang penting seperti buku modul BIG dan ubat resdung. Terdapat juga beberapa barangan telah tercicir semasa menjalankan aktiviti BIG seperti pen, wisel dan buku nota.
  2. Semasa di kem BIG, saya menjadi seorang yang agak lambat dan kurang menepati masa. Walhal, aktiviti sebelum ini (aktiviti semasa sekolah dan degree dahulu) saya dapat bergerak pantas dan menepati masa.
  3. Saya mengalami kekurangan stamina ketika mendaki bukit semasa aktiviti Jungle Tracking.
  4. Saya mempunyai rasa gayat apabila berada di tempat yang tinggi.
  5. Saya juga mempunyai sifat yang agak kelam-kabut.

B. Penambahbaikan

  1. Saya perlu berhati-hati ketika menguruskan barangan saya.
  2. Saya juga perlu menguruskan masa dengan betul dan bergerak pantas ketika membuat sesuatu perkara.
  3. Saya perlu membuat persediaan dari segi fizikal terutamanya menguatkan stamina pada kaki.
  4. Saya juga perlu menghilangkan atau mengurangkan rasa gayat apabila berada di tempat yang tinggi.
  5. Saya perlu mengawal sifat kelam-kabut saya agar apa yang saya lakukan itu kelihatan terurus.

PELAN TINDAKAN
A. Matlamat
Membina sahsiah dan etika keguruan di mana kesepaduan unsur jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dapat diwujudkan .

B. Objektif

  1. Menguruskan barangan dan keperluan dengan baik
  2. Menguruskan masa dengan betul dan teratur
  3. Membuat persediaan fizikal sebelum ke BIG
  4. Meningkatkan keyakinan diri dan menghilangkan rasa gayat apabila berada di tempat yang tinggi
  5. Memupuk sifat sabar dan tenang dalam diri

C. Langkah-langkah

  1. Saya telah menyenaraikan dengan lengkap barang-barang yang perlu dibawa. Akan tetapi, saya hanya menyemak sekali sahaja. Oleh itu, sebagai strategi bagi mengatasi masalah ini, saya perlu menyemak berulang kali agar tiada barangan yang tertinggal. Saya juga perlu lebih berhati-hati dan menjaga barangan saya dengan baik agar tidak tercicir lagi. Sikap cuai ini perlu dikikis dalam diri saya.
  2. Saya juga perlu sentiasa memakai jam agar saya dapat bergerak pantas dan menepati masa. Semasa BIG, saya jarang memakai jam kerana dikhuatiri jam rosak. Akibatnya, banyak perkara saya kelewatan.
  3. Saya perlu berjoging sekeliling kolej Zaaba sebelum pergi BIG lagi agar stamina dapat dipertingkatkan. Selepas BIG ini, saya kerap berjalan kaki ke fakulti sebagai senaman pagi.
  4. Saya telah menawarkan diri sebagai peserta pertama dalam aktiviti abseiling bagi menghilangkan rasa gayat. Bagi saya, lagi lama di puncak bukit itu, lagi berdebar dan rasa takut itu semakin memuncak. Namun, saya tetap yakin dengan pensyarah dan tali yang mengawal saya semasa turun dari atas bukit itu.
  5. Saya perlu menenangkan diri sebelum melakukan sesuatu perkara. Saya juga merancang betul-betul dan tidak bertangguh kerja agar tidak kelam-kabut kelak.

D. Pengumpulan Data

  1. Komen daripada kawan rapat serta kawan sebilik
  2. Komen daripada ahli keluarga dan teman rapat
  3. Ujian personaliti
  4. Kajian perpustakaan – membaca buku motivasi

 

E. Pemantauan

  1. Meminta teman rapat, kawan-kawan dan kawan sebilik memantau perkembangan diri saya
  2. Sentiasa membuat peringatan dan dilekatkan di board dalam bilik
  3. Sentiasa membuat muhasabah diri sebelum tidur agar mengenalpasti sama ada terdapat perubahan sikap pada diri atau tidak

F. Penilaian

  1. Meminta teman rapat, kawan-kawan dan kawan sebilik memberi komen dan penilaian selepas sebulan artikel ini ditulis
  2. Penilaian sekali lagi dibuat selepas setiap satu bulan bagi memastikan berlakunya perubahan dan pengukuhan tingkah laku
  3. Melihat sama ada berlaku peningkatan tingkah laku ke arah lebih baik semasa melakukan aktiviti seterusnya seperti RDK, Perkhemahan Agung Sukres dan Kem Bina Negara

 


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: